12/4/09

FACEBOOK

Jika dulu kita diulik oleh friendster dan IRC, tapi kini pengguna internet telah beralih kepada facebook (fb) pula. Akhbar BH semalam pun ada mengeluarkan artikel mengenai fb dan Malaysia menduduki tangga ke 9 di belakang Indonesia dalam senarai pengguna tertinggi fb dunia. Jika dilihat dalam kalangan rakan sekerja di sekolah aku sendiri, rata-ratanya mempunyai akaun fb (termasuklah aku sendiri). Pada zaman aku belajar di sekolah dulu, aku paling suka chatting (IRC) dan masuk laman friendster, tapi kini aku lebih suka menulis dalam blog kerana boleh berkongsi idea, pandangan, dan memahatkan segala aktiviti aku dalam ruang siber ini. FB diasaskan oleh Randi Zuckerberg (Yahudi) dan kini beliau merupakan salah seorang yang paling berpengaruh di dunia dalam lingkungan usinya (24 tahun) dan individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Dengan jumlah pengguna yang hampir 300 juta orang (termasuklah PM Malaysia, Presiden AS dan Presiden Perancis), maka ia menjadikannya laman sosial yang paling popular di dunia pada masa kini (Blogger berada pada tempat ketiga). Apa yang ingin aku perkatakan di sini ialah, penggunaan fb ini ada kebaikan dan keburukannya dan disebabkan ini lah terdapat jabatan-jabatan dan pejabat kerajaan yang block laman fb. Mana tidaknya, setiap masa laman fb sentiasa on je dan ini akan menjatuhkan prestasi kerja kakitangan. Kebanyakan yang melayari laman fb bukanlah untuk berkongsi cerita atau pun pandangan, tetapi untuk bermain (game yang telah disediakan) seperti Mafia War, Farm Ville, Fish Ville dan sebagainya. Game ini yang akan mengasyikkan pengguna. Buat masa ini belum ada kajian yang menunjukkan sama ada penggunaan fb mendatangkan kebaikan ataupun sebaliknya. Apa kata anda??

No comments:

Post a Comment

SEJARAH FELDA

SEJARAH FELDA