5/25/09

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT



1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor._

SMK SERI BERA

SMK Seri Bera kekal cemerlang


NURUL Amira Zaimy (tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya berkongsi kegembiraan kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM di SMK Seri Bera, Bera, kelmarin.


BERA 13 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera di sini mengekalkan reputasi cemerlang apabila muncul sebagai sekolah terbaik lima tahun berturut-turut di daerah ini.

Ia berikutan kejayaan sekolah itu memperoleh kelulusan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan semalam.

Pengetua SMK Seri Bera, Sapiah Abdul Jalil berkata, dalam keputusan itu, seramai dua pelajarnya mendapat 10 1A dan tiga lagi memperoleh 9 1A.

Katanya, pelajar terbabit ialah Nor Amaliana Syazwani Mohd. Yusof yang mendapat 10 1A, Nurul Amira Zaimy (10 1A), Nur A'Arsyi Asyikin Md. Arshad (9 A1 dan 2 1B), Nor Kamilah Nordin (9 1A 2 1B) dan Mohd. Afiq Khairul Anuar (9 1A 2 1B).

''Ramai calon memperoleh 6 1A dan 7 1A sekali gus menjadi pencapaian kali ini yang terbaik dalam tempoh 10 tahun,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sapiah memberitahu, antara rahsia kejayaan ialah strategi pelaksanaan program bimbingan dan 'Lonjakan Sarjana' selain komitmen guru, pelajar dan ibu bapa.

Tambah beliau, sokongan padu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap agenda kecemerlangan sekolah memberi kesan positif terhadap pencapaian pada tahun ini.

Sementara itu, Nor Kamilah ketika ditemui berkata, dia bangga dengan keputusan yang dicapai itu setelah bertungkus lumus berusaha sejak di tingkatan empat lagi.

Anak pengurus Felda Temangau 2 di sini mengakui dengan menumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam kelas, bertanya dan membuat latihan antara faktor kejayaannya.

''Saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang banyak memberi nasihat dan ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan,'' katanya.

Rakannya, Nurul Amira berkata, kejayaan yang dicapai itu tidak datang bergolek sebaliknya dihasilkan menerusi usaha gigih secara berterusan.

Menurutnya, belajar secara berkumpulan dapat menguatkan lagi kefahaman dan ingatannya terhadap sesuatu mata pelajaran yang dibincangkan.

''Saya bangga kerana dapat membantu mengekalkan prestasi sebagai sekolah terbaik daerah Bera setiap tahun," kata anak kepada seorang guru itu.

Bagi Nur A'Arsyi Asyikin, sesiapa sahaja boleh berjaya jika berusaha dengan tekun selain taat kepada suruhan agama.

''Belajar secara berkumpulan dan sering bertanya jika tidak memahami sesuatu subjek boleh membantu meningkatkan kefahaman," kata anak peneroka Felda Mayam di sini.

Seorang lagi pelajar yang mendapat 8 1A, Wan Farhana Wan Azami, kejayaan yang diperoleh itu hanya permulaan untuk melangkah lebih jauh.

''Saya bercita-cita menjadi jurutera dan akan memohon universiti tempatan yang menawarkan kursus kejuruteraan," katanya.

SEJARAH FELDA

SEJARAH FELDA